Thursday, August 30, 2007

SKAD2063
URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. HAMZAH JUSOH
PN. MASITAH BT MOHD RADZI

LAPORAN:
KERTAS KERJA LAPANGAN KE KOTA TINGGI

KUMPULAN: SRIKANDI

NAMA AHLI:
NUR AIFA HAZWANI BT HADIH (A112837)
NORAINA BT KAMARUDDIN (A112464)
NURLIYANA BT HUSSIN (A111997)
FATIN NURLIYANA BT SUHAIMI (A112042)
Isu: Impak Banjir Ke Atas Sektor Ekonomi Bandar.

Kajian kes: Premis Perniagaan di Sekitar Bandar Kota Tinggi.

Kaedah digunakan :

1) Kaedah Tinjauan
2) Pemerhatian
3) Soal Selidik
4) Temubual.

Objektif :

1) Mengetahui keadaan ekonomi bandar selepas berlaku banjir.
2) Kesan banjir terhadap ekonomi bandar dalam jangka masa pendek dan panjang.
3) Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir.
4) Harapan untuk masa depan.

Pengenalan

Menurut Ahmad Idris Md Noor (1989) dalam perbentangan kertas kerja seminarnya ”Kesan dan masalah ekonomi bandar berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru(DEB)”, ekonomi bandar merupakan ekonomi negara yang besar dimana peratus pembangunan adalah lebih besar dari ekonomi luar bandar. Ekonomi bandar dan luar bandar mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Menurut beliau, struktur bandar merupakan pertalian antara bandar-bandar yang terbentuk dalam satu hierarki. Sama seperti negara di dunia, dimana tidak semua bandar mempunyai fungsi yang sama.

Terdapat tiga jenis bandar yang dikelaskan iaitu bandar utama, bandar pertengahan atau sederhana dan bandar kecil. Bandar utama mengendalikan fungsi secara komprehensif seperti menjadi pusat kewangan, perniagaan, pengedaran, pembuatan, pelajaran tinggi serta pentadbiran. Juga membekalkan barang dan perkhidmatan yang bermutu serta kepakaran yang tinggi seperti ikhtisas dan teknologi tinggi untuk mengeluarkan barangan tersebut. Bandar kecil pula memainkan fungsi yang terhad. Fungsi ini boleh dikatakan sebagai pusat perniagaan yang kecil kepada kawasan kampung, bandar dan luar bandar. Juga membekalkan perkhidmatan serta barangan yang bermutu rendah iaitu memerlukan input kepakaran yang rendah sahaja. Manakala bagi bandar pertengahan atau sederhana pula mengendalikan pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi ini tidak menyeluruh dan tidak mencapai tahap yang tinggi seperti fungsi-fungsi di bandar utama.

Daripada perbincangan kertas kerja seminar didapati sektor ekonomi bandar tidak diberi tempat yang sewajarnya di dalam mana-mana perancangan negara, ini menyukarkan untuk melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti dengan lebih terperinci.

Tuesday, August 21, 2007

pada kuliah yang lepas, prof hamzah telah meminta agar setiap kumpulan memberi nama baru bg setiap kumpulan. hasil dari perbincangan dengan ahli kumpulan yang lain, kami yang pada awalnya kumpulan 9 telah memilih nama ' srikandi' sebagai nama baru kumpulan kami.

Monday, August 20, 2007

Sebelum kursus kami berangkat ke kawasan kerja lapangan kami iaitu Kota Tinggi, pada 31 Ogos 2007 kami telah membuat satu kumpulan kecil dimana ahli di dalam setiap kumpulan adalah seramai 4 orang. Oleh itu saya bersama 3 orang lagi rakan iaitu, Aifa, Yana dan Fatin menganggotai ‘Kumpulan 9’. Kumpulan kami telah membuat rangka kajian dimana kumpulan kami telah menyatakan isu yang akan di kaji, kajian kes yang di pilih, kaedah yang digunakan, objektif dan soalan yang akan kumpulan kami tanyakan kepada responden di sana nanti.

Kumpulan 9( SRIKANDI)

Nur Aifa Hazwani Binti Hadih (Ketua)
Nurliyana Binti Hussin
Noraina Binti Kamaruddin
Fatin Nurliyana Binti Suhaimi


Isu: Impak Banjir Ke Atas Ekonomi Setempat.

Kajian kes: Premis Perniagaan di Sekitar Kawasan Kota Tinggi.

Kaedah digunakan: Melalui Kaedah Tinjauan, Pemerhatian dan Temubual.

Objektif: 1.Mengetahui keadaan premis-premis perniagaan dalam selepas berlaku banjir.

2.Kesan banjir terhadap premis-premis perniagaan dalam kesan jangka pendek
dan jangka panjang.

3.Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir.

4.Harapan untuk masa depan.


Contoh soalan untuk temubual.

1.Jenis perniagaan yang dijalankan.

2.Berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga.

3.Pendapatan selepas banjir, sama ada meningkat atau menurun

4.Adakah mendapat bantuan? Jika ada, apakah bentuk bantuan yang diterima?

5.Untuk pulih kembali, apakah bentuk promosi yang dilakukan untuk menarik minat
kembali pembeli?

6.Apakah barang atau peralatan yang dapat diselamatkan semasa banjir berlaku?

7.Adakah pemilik premis adalah pemilik baru atau lama? Sudah berapa lama beroperasi?

8.Dari segi psikologi, adakah berlaku trauma kesan daripada berlakunya banjir tersebut?

9.Selepas banjir besar, kenapa sanggup ambil risiko untuk meneruskan perniagaan?

10.Barang atau peralatan yang sudah rosak atau masih boleh digunakan, dibuang atau
dijual kembali?

11.Harapan atau pesanan kepada pihak terbabit dalam mengatasi masalah banjir dari terus berulang pada masa hadapan

Blogger: johor banjir...fenomena @ bala? - Manage Posts

Sunday, August 19, 2007

pada kuliah minggu yang ke 6(13/08/2007) yang lalu bersama dengan prof. madya dr hamzah jusoh, kami telah membuat sedikit perbincangan dengan beliau mengenai perkara- perkara yang ingin dilakukan semasa kaerja lapangan di kota tinggi nanti. hasil daripada perbincangan yang dijalankan, prof telah mencadangkan isu yang lebih bersesuai untuk tajuk projek kami iaitu kajian mengenai " DAMPAK BANJIR KE ATAS SEKTOR EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT". selain itu juga, kuliah pada kali ini banyak membincangkan mengenai rangka kerja lapangan ke kota tinggi bagi mangesan kesan banjir besar yang melanda kota tinggi sekitar penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007.

Monday, August 13, 2007

LAPORAN: TINJAUAN AWAL KE KOTA TINGGI UNTUK MELIHAT KAWASAN
KERJA LAPANGAN.


2/8/2007-(8.00 malam)
- Semua pelajar tahun 2 dan 3 yang terlibat dengan tinjauan pertama ke Koa Tinggi diarahkan supaya berkumpul dihadapan foyer FSSK pada jam 8 malam. Selepas semua pelajar berkumpul dan disertai dengan pensyarah pengiring iaitu Prof. Dr. Hamzah Jusoh, bas mula bertolak pada jam 8.30 malam untuk memulakan perjalanan kami ke Kota Tinggi. Kira- kira jam 1.30 pagi kami tiba di tempat penginapan di Nasha Hotel.

3/8/2007-(8.30 pagi).
- Membuat sedikit tinjaun awal di kawasan berhampiran dengan tempat penginapan dan memperoleh sedikit maklumat daripada penduduk setempat mengenai banjir besar yang berlaku pada sekitar penghujung tahun 2006 dan awal tahun 20007. Hasil temubual mendapati bahawa paras air berbeza mengikut kawasan. Banjir yang pertama menenggelam kawasan sehingga 12 kaki manakala banjir kedua paras air meningkat sehingga paras 14 kaki. Mara terpaksa membelanjakan kira-kira RM 500 ribu untuk kos baik pulih bangunan.


9.00 pagi( kg. Kelantan)
- Kami bertolak ke kawasan untuk membuat tinjauan awal iaitu ke Kg Kelantan yang merupakan salah sebuah kawsan yang paling teruk dilanda banjir. Prof. Hamzah memberi masa dan kebebasan kepada para pelajar untuk membuat pemerhatian dan mencari maklumat di kawasan sekitar.
- Melalui temubual dengan seorang responden, Pn.Hamidah bt. Sagap menceritakan pengalaman ketika banjir berlaku. Menurut beliau, banjir yang pertama sekitar November 2006 berlaku pada lewat petang iaitu pada pukul 7 petang. Air naik sekitar 7 kaki dan terpaksa tinggal di tempat penginapan selama 11 hari di Dewan Kota Jaya.
- Pengalaman lebih teruk pada banjir kedua ( Januari 2007) kerana paras air meningkat sehingga 8 kaki. Keadaan bertambah buruk kerana air mula naik ketika penduduk sedang tidur iaitu kira-kira jam 3 pagi dan dalam tempoh masa yang singkat pada jam 7 pagi air mula menenggelamkan kawasan kampung. Penduduk kampung tidak berkesempatan untuk menyelamatkan barang-barang. Selain itu, terpaksa tinggal di Dewan Jubli Intan selama 15 hari.
- Selain itu, turut berpeluang menemubual tok siak Masjid Lukman Hakim, Haji Osman Ali mengenai kerosakan yang dialami di kawasan banjir. Banjir menenggelam masjid sehingga paras bumbung. Kos baik pulih masjid disumbangkan oleh baitulmal dan sumbangan orang ramai.

11.00 pagi ( Kg Tembioh)
- Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Tembioh, kami diberi sedikit penerangan oleh Penghulu Mukim Kota Tinggi iaitu Wan Ismail Wan Ngah atau lebih dikenali sebagai Tokwan dan diiringi oleh panghulu Kg Kelantan, Ustaz Latif. Tokwan menberi penerangan mengenai keadaan banjir yang berlaku dan bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa. Menurut beliau, secara kasarnya 150-160 buah rumah di kg Kelantan terlibat dengan banjir manakala hampir 170 buah rumah di kg Tembioh. Lebih 10 buah rumah di kg Tembioh ranap dan ditempatkan di kuaters kerajaan. Secara kasar juga dianggarkan lebih RM 10 ribu kerugiaan yang dialami oleh setiap mangsa. Pada 9/1/1948 merupakan tarikh terakhir kota tinggi dilanda banjir besar sebelum berlaku banjir yang lebih besar pada penghujung 2006 dan banjir yang berlaku pada awal tahun 2007 mengatasinya.


3.30 petang( Pejabat Daerah Kota Tinggi)
- Bertolak ke pejabat daerah untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai banjir yang telah berlaku. Pejabat daerah Kota Tinggi maerupakan bilik gerakan semasa banjir berlaku. Kedatangan kami disambut oleh penolong pengarah daerah Kota Tinggi dan lebih mengejutkan kerana kedatangan kami turut disambut oleh penduduk kampung dan kawasan perumahan yang terlibat dengan banjir. Penduduk yang hadir menceritakan pengalaman ketika banjir berlaku. Kebanyakkan mangsa masih lagi trauma terutamanya apabila hujan turun. Menurut mangsa,banyak menerima bantuan dari segi bentuk barangan dan wang samaada dari pihak kerajaan dan badan NGO. Para penduduk juga berharap paihak terbabit dapat segera mencari jalan penyelesain dalam mengatasi masalah banjir yang setiap tahun melanda Kota Tinggi. Sesi soal jawab berlangsung sehingga jam 5 petang.Selepas itu, bertolak pulang ke UKM dan tiba hampir jam 1.30 pagi.

Saturday, July 21, 2007

singgah sebentar...

salam..kuliah pertama URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh berlangsung dengan baik. Penerangan tentang liputan kuliah memberi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai subjek ini yang mana sebelumnya masih dalam keadaan 'kabur'.. kami diterangkan oleh Dr. Hamzah bahawa subjek ini memerlukan para pelajar yang berdedikasi dan bersemangat kental kerana perlu melakukan kerja lapangan yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Pada sesi ini, Kota Tinggi Johor menjadi pilihan untuk membuat kajian mengenai kejadian banjir besar yang melanda Johor lewat tahun 2006. Kajian bertujuan untuk meneliti keadaan kawasan yang terlibat dengan banjir serta kesan psikologi kepada para penduduk setempat yang mana masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. Pertemuan pertama yang sarat dengan perancangan dan agenda.... semoga berjaya!