Sunday, September 23, 2007


· Ekonomi merupakan salah satu aspek yang penting dalam mewujudkan sesuatu kuasa. Tanpa ekonomi maka tidak wujudlah sesuatu bandar yang menjadi nadi kepada kemajuan sesuatu negeri. Seperti yang kita ketahui akibat daripada kejadian banjir yang berlaku pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 telah menyebabkan ekonomi di bandar Kota Tinggi telah lumpuh buat sementara waktu.
· Menurut responden, sewaktu awal pembukaan perniagaan semula memang pihak mereka mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan kerana modal yang tidak cukup untuk membayar harga barang tersebut. Namun atas budi bicara antara pembekal dan peniaga maka dapat meringankan sedikit beban pihak peniaga. Namun pendapatan peniaga ini meningkat apabila tiba musim perayaan yang semakin dekat ini iaitu sambutan perayaan Hari Raya Aifitri dan Deepavali.
· Selepas beberapa bulan ekonomi di bandar tersebut telah kembali pulih. Ekonomi di bandar Kota Tinggi semakin pulih seperti sedia kala selepas adanya bantuan yang disalurkan oleh badan-badan tertentu seperti dari pihak kerajaan dan NGO kepada para peniaga.
· Antara bentuk bantuan yang di salurkan ialah pengecualian sewa selama 6 bulan kepada peniaga serta pengurangan cukai harta selama setengah tahun yang diberikan oleh pihak Majllis Daerah Kota Tinggi kepada para peniaga untuk membantu golongan ini pulih kembali.


apa itu banjir

Apa itu banjir…

Banjir ialah kejadian penutupan permukaan tanah oleh air yang semakin naik. Banjir biasanya berlaku di kawasan lembah atau tanah semakin selepas hujan lebat, apabila sungai atau terusan tidak berupaya menampung jumlah air yang mengalir di dalamnya. Hujan lebat di kawasan pergunungan boleh mengakibatkan banjir di kawasan tanah pamah kerana semua air akan mengalir ke bawah sepanjang cerun-cerunnya. Sungai yang mengalir dengan perlahan-lahan dan berliku biasanya tidak berupaya menampung jumlah air yang bertambah dengan tiba-tiba. Banjir yang kecil adalah berguna kepada kawasan penanaman padi kerana ia membekalkan air untuk sawah-sawah dan membawa tanah lanar aluvium yang sangat subur, namun jika banjir yang melanda dalam skala yang besar akan menyebabkan kerosakan yang meluas kepada harta benda, tanaman, binatang dan meninggalkan kesan trauma kepada mangsa.

Berdasarkan penyataan di atas, banjir yang melanda Kota Tinggi yang lepas dapat diklasifikasikan sebagai banjir berskala besar berdasarkan kesannya. Daripada pemerhatian serta maklumat yang diperolehi, saya dapati terdapat 2 punca utama yang menyumbang kepada berlakunya banjir besar di Kota Tinggi. Keadaan Sungai Johor yang cetek adalah punca berlakunya fenomena ini. Hal ini kerana, apabila kuantiti air hujan yang banyak, Sungai Johor tidak dapat menampung jumlah air yang naik secara mandadak. Oleh itu, kerja melebar dan mendalamkan Sungai Johor sedang giat dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, sistem perparitan dan saliran juga turut memyumbang peratusan berlakunya kejadian ini. Daripada pemerhatian, saya dapati keadaan parit di sini yang cetek, kecil, tidak lurus serta tersumbat. Keadaan ini menyebabkan aliran air tidak dapat bergerak dengan sempurna. Keadaan dapat di atasi dengan membaiki kembali sistem perparitan serta di selenggara dengan baik secara berkala. Namun jika minda penduduk serta pengunjung Kota Tinggi masih lagi di tahap ketiga iaitu masih lagi mangamalkan budaya membuang sampah serata tempat, masalah ini tidak dapat di atasi secara keseluruhannya.

secebis kisah..

· Kota Tinggi merupakan wilayah yang paling besar di negeri Johor serta merupakan bandar yang popular dengan kisah-kisah bandar bersejarah di Raja. Kota Tinggi di kenali sebagai bandar pelancongan bersejarah kerana mempunyai tarikan sejarahnya seperti makam zaman Islam, tinggalan Pusaka dan kisah-kisah dahulu kala seperti Makam Laksamana Bentan, Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan banyak lagi.

· Bandar Kota Tinggi juga menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai tarikan yang tersendiri seperti keindahan air terjun Kota Tinggi, kaya dengan buah-buahan tropika seperti nenas serta makanan laut yang segar di Teluk Sengat. Selain itu terdapat Muzium Nelayan yang terletak di Teluk Balau dan kebersihan pantai yang belum tercemar serta resort yang membekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Di samping itu, Desaru marupakan destinasi tumpuan dunia bagi acara Triathlon Antarabangsa Jarak Jauh Desaru- Pengarang yang menjadi salah satu acara tahunan.

· Di samping itu juga, Bazar Kota juga menjadi tarikan utama di sini bagi pelancong tempatan mahupun luar seperti Singapura dan Indonesia untuk membeli-belah teutamanya kain, perhiasan dan sebagainya kerana harganya yang berpatutan.

Friday, September 7, 2007

responden

pada awalnya, kumpulan kami bercadangan untuk melakukan soal selidik ke atas 40 orang responden. namun, keadaan permis perniagaan yang sibuk melayan pelanggan menyekat sedikit kerja kami. maklumlah, kami melakukan kerja lapangan ini ketika cuti minggu. ramai pelancong terutamanya dari Singapura turun ke Kota Tinggi untuk melakukan persiapan awal untuk menyambut hari raya. oleh sebab itu, kumpulan kami hanya berjaya melakukan 35 soal selidik ke atas para responden.

tutorial

pada hari ini, 7 september 2007 tutorial untuk urbanisasi di batalkan kerana ketiadaan pensyarah...namun kami dibertahu supaya masa yang ada digunakan untuk menyiapkan blog masing-masing. tapi, maklumat sewaktu di kota tinggi belum di analisis lagi...

perjalanan...

Merujuk kepada rancangan awal, rombongan kerja lapangan ini sepatutnya bertolak pada petang Hari Merdeka negara, iaitu 31 ogos 2007. Perubahan jadual perjalanan telah berubah kepada hari berikutnya iaitu pada pagi 1 september 2007. Perubahan jadual mungkin untuk memberi kesempatan kepada para pelajar untuk turut serta dalam meraikan sambutan hari kemerdekaan negara ke- 50 yang penuh bersejarah. MERDEKA!!! Semoga Malaysia terus aman damai........

Monday, September 3, 2007

pertukaran tajuk blog...

pada permulaan, saya menggunakan ' johor banjir..fenomena @ bala' sebagai tajuk blog. tapi merujuk kepada pandangan prof, lebih elok kiranya tajuk blog dalam bahasa inggeris. hal ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pembaca dari dari dalam mahupun luar negara. oleh itu, tajuk blog ditukar kepada " overflow @ kota tinggi". pemilihan tajuk juga lebih spesifik dengan menyatakan nama tempat kajian sebagai tajuk blog....