Kesan banjir yang boleh dilihat terhadap ekonomi bandar Kota Tinggi dalam jangka masa pendek iaitu kurang dari tempoh setahun ialah meningkat. Hal ini kerana dalam jangka masa pendek permintaan terhadap barangan ekonomi akan meningkat berikutan musim perayaan yang bakal tiba. Dengan bermulanya musim perayaan, ekonomi Kota Tinggi akan terus meningkat dengan adanya permintaan dari para pembeli dan penduduk setempat. Selain itu bukan sahaja permintaan terhadap barangan runcit akan meningkat dalam jangka masa pendek, malah pelbagai barangan ekonomi lain turut merasa tempiasnya seperti perabot, pakaian dan barangan keperluan lain.
Manakala kesan banjir terhadap ekonomi bandar dalam jangka masa panjang pula akan stabil dan berubah mengikut permintaan serta keadaan semasa. Hal ini kerana dalam jangka masa panjang ekonomi bandar Kota Tinggi akan terus berada dalam kedaan stabil kerana Kota Tinggi adalah bandar yang strategik. Banyak pelancong dari Singapura turut membeli-belah di bandar tersebut berikutan tawaran harga barangan yang murah serta kualiti barangan yang baik. Kebanyakan pelancong dari Singapura datang ke Kota Tinggi semata-mata ingin membeli barangan yang dikehendaki oleh mereka kerana tertarik dengan tawaran harga yang diberikan. Kemasukan pelancong-pelancong ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi bandar Kota Tinggi selepas berlakunya banjir besar. Ekonomi Kota Tinggi juga akan terus bergantung kepada permintaan terhadap barangan ekonomi di bandar tersebut.
Sunday, September 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment