Friday, October 26, 2007

bantuan...

Bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir boleh dibahagi daripada pihak kerajaan, NGO dan secara persendirian. Namun, ada pihak responden melahirkan rasa tidak puas hati kepada kami kerana tidak mendapat bantuan untuk permis perniagaan dan hanya untuk kediamaan.

Hasil daripada temubual kami dengan wakil Pejabat Daerah Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Zainuddin bin Zainal Abidin ( Pegawai Tadbir, Bahagian Ulu Tenggara Sungai Johor), beliau telah memaklumkan kepada kami bahawa bantuan kepada peniaga masih lagi dalam proses dan akan disalurkan secepat mungkin. Beliau juga melahirkan sedikit kekesalan dengan sikap sesetengah para peniaga yang tidak bersabar dalam menunggu bantuan daripada pihak kerajaan.

No comments: