Friday, October 26, 2007

kerugian..

Berdasarkan hasil daripada kajian soal selidik yang telah saya dan ahli kumpulan jalankan, kami dapati akibat darpada banjir besar yang berlaku dahulu, kebanyakan daripada peniaga terpaksa menanggung kerugian yang besar. Majoriti peniaga yang dipilih mengalami kerugian lebih daripda RM 20 ribu. Selain itu juga, kebanyakkan responden yang dikaji menjalankan perniagaan kain.

Menurut responden lagi, jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mereka dapat dianggarkan sekitar RM 100- 150 ribu. Hal ini kerana banjir yang berlaku secara mendadak dan keadaan betambah buruk kerana berlaku pada awal pagi ketika semua orang sedang tidur. Tambahan responden yang terdiri daripada peniaga kain lagi, kain-kain tidak dapat diselamatkan oleh mereka. Oleh itu, kain-kain yang terendam oleh takungan air hujan selama beberapa hari telah mengalami kerosakan. Kain yang telah rosak dibasuh dan dijual secara lelong kepada pelanggan dan setengahnya terpaksa diberi secara percuma kerana tidak laku.

* Maklumat daripada borang soal selidik:
10 - < RM 10 ribu
5 – RM 10 ribu
2 – RM 20 ribu
18 – >RM 20 ribu

1 comment:

Yuri Gladkov said...

Hello, regarding the music, please check out my anti-war stuff: Gravitator's CD "Democracy Tanks" is out now!