Monday, August 13, 2007

LAPORAN: TINJAUAN AWAL KE KOTA TINGGI UNTUK MELIHAT KAWASAN
KERJA LAPANGAN.


2/8/2007-(8.00 malam)
- Semua pelajar tahun 2 dan 3 yang terlibat dengan tinjauan pertama ke Koa Tinggi diarahkan supaya berkumpul dihadapan foyer FSSK pada jam 8 malam. Selepas semua pelajar berkumpul dan disertai dengan pensyarah pengiring iaitu Prof. Dr. Hamzah Jusoh, bas mula bertolak pada jam 8.30 malam untuk memulakan perjalanan kami ke Kota Tinggi. Kira- kira jam 1.30 pagi kami tiba di tempat penginapan di Nasha Hotel.

3/8/2007-(8.30 pagi).
- Membuat sedikit tinjaun awal di kawasan berhampiran dengan tempat penginapan dan memperoleh sedikit maklumat daripada penduduk setempat mengenai banjir besar yang berlaku pada sekitar penghujung tahun 2006 dan awal tahun 20007. Hasil temubual mendapati bahawa paras air berbeza mengikut kawasan. Banjir yang pertama menenggelam kawasan sehingga 12 kaki manakala banjir kedua paras air meningkat sehingga paras 14 kaki. Mara terpaksa membelanjakan kira-kira RM 500 ribu untuk kos baik pulih bangunan.


9.00 pagi( kg. Kelantan)
- Kami bertolak ke kawasan untuk membuat tinjauan awal iaitu ke Kg Kelantan yang merupakan salah sebuah kawsan yang paling teruk dilanda banjir. Prof. Hamzah memberi masa dan kebebasan kepada para pelajar untuk membuat pemerhatian dan mencari maklumat di kawasan sekitar.
- Melalui temubual dengan seorang responden, Pn.Hamidah bt. Sagap menceritakan pengalaman ketika banjir berlaku. Menurut beliau, banjir yang pertama sekitar November 2006 berlaku pada lewat petang iaitu pada pukul 7 petang. Air naik sekitar 7 kaki dan terpaksa tinggal di tempat penginapan selama 11 hari di Dewan Kota Jaya.
- Pengalaman lebih teruk pada banjir kedua ( Januari 2007) kerana paras air meningkat sehingga 8 kaki. Keadaan bertambah buruk kerana air mula naik ketika penduduk sedang tidur iaitu kira-kira jam 3 pagi dan dalam tempoh masa yang singkat pada jam 7 pagi air mula menenggelamkan kawasan kampung. Penduduk kampung tidak berkesempatan untuk menyelamatkan barang-barang. Selain itu, terpaksa tinggal di Dewan Jubli Intan selama 15 hari.
- Selain itu, turut berpeluang menemubual tok siak Masjid Lukman Hakim, Haji Osman Ali mengenai kerosakan yang dialami di kawasan banjir. Banjir menenggelam masjid sehingga paras bumbung. Kos baik pulih masjid disumbangkan oleh baitulmal dan sumbangan orang ramai.

11.00 pagi ( Kg Tembioh)
- Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Tembioh, kami diberi sedikit penerangan oleh Penghulu Mukim Kota Tinggi iaitu Wan Ismail Wan Ngah atau lebih dikenali sebagai Tokwan dan diiringi oleh panghulu Kg Kelantan, Ustaz Latif. Tokwan menberi penerangan mengenai keadaan banjir yang berlaku dan bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa. Menurut beliau, secara kasarnya 150-160 buah rumah di kg Kelantan terlibat dengan banjir manakala hampir 170 buah rumah di kg Tembioh. Lebih 10 buah rumah di kg Tembioh ranap dan ditempatkan di kuaters kerajaan. Secara kasar juga dianggarkan lebih RM 10 ribu kerugiaan yang dialami oleh setiap mangsa. Pada 9/1/1948 merupakan tarikh terakhir kota tinggi dilanda banjir besar sebelum berlaku banjir yang lebih besar pada penghujung 2006 dan banjir yang berlaku pada awal tahun 2007 mengatasinya.


3.30 petang( Pejabat Daerah Kota Tinggi)
- Bertolak ke pejabat daerah untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai banjir yang telah berlaku. Pejabat daerah Kota Tinggi maerupakan bilik gerakan semasa banjir berlaku. Kedatangan kami disambut oleh penolong pengarah daerah Kota Tinggi dan lebih mengejutkan kerana kedatangan kami turut disambut oleh penduduk kampung dan kawasan perumahan yang terlibat dengan banjir. Penduduk yang hadir menceritakan pengalaman ketika banjir berlaku. Kebanyakkan mangsa masih lagi trauma terutamanya apabila hujan turun. Menurut mangsa,banyak menerima bantuan dari segi bentuk barangan dan wang samaada dari pihak kerajaan dan badan NGO. Para penduduk juga berharap paihak terbabit dapat segera mencari jalan penyelesain dalam mengatasi masalah banjir yang setiap tahun melanda Kota Tinggi. Sesi soal jawab berlangsung sehingga jam 5 petang.Selepas itu, bertolak pulang ke UKM dan tiba hampir jam 1.30 pagi.

No comments: