Thursday, August 30, 2007

sekilas pandang.........

· Hasil daripada perbincangan ahli kumpulan yang lain bersama dengan Prof Madya Dr Hamzah Jusoh, isu yang kami pilih untuk menjalankan kerja lapangan di KotaTtinggi ialah ‘Iimpak Banjir ke Atas Sektor Ekonomi Bandar’.
· Faktor utama yang mempengaruhi kami untuk memilih isu tersebut adalah untuk melihat serta mengkaji keadaan sektor ekonomi di kawasan Kota Tinggi selepas berlakunya banjir.
· Tujuan kami juga hendak melihat sejanuh mana keadaan sektor ekonomi kawasan tersebut sama ada telah kembali pulih seperti sedia kala ataupun masih lagi dalam usaha baikpulih secara berperingkat ataupun masih lagi dalam keadaan lumpuh.
· Hal ini kerana, seperti yang kita semua sedia maklum, telah dipamerkan di dada akhbar dan media elektronik bahawa bandar Kota Tinggi telah lumpuh sepenuhnya akibat daripada banjir besar yang melanda negara sekitar penghujung tahun 2006 dan awal tahun 2007.
· Pemilihan permis perniagaan di sekitarbandar Kota Tinggi adalah untuk melihat serta mengkaji dengan lebih terperinci mengenai bagaimana kesan banjir terhadap sector ekonomi, sama ada memdapat bantuan dan harapan sera cara peniaga ini maengatasi masalah banjir ini.

No comments: