Thursday, August 30, 2007

SKAD2063
URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. HAMZAH JUSOH
PN. MASITAH BT MOHD RADZI

LAPORAN:
KERTAS KERJA LAPANGAN KE KOTA TINGGI

KUMPULAN: SRIKANDI

NAMA AHLI:
NUR AIFA HAZWANI BT HADIH (A112837)
NORAINA BT KAMARUDDIN (A112464)
NURLIYANA BT HUSSIN (A111997)
FATIN NURLIYANA BT SUHAIMI (A112042)
Isu: Impak Banjir Ke Atas Sektor Ekonomi Bandar.

Kajian kes: Premis Perniagaan di Sekitar Bandar Kota Tinggi.

Kaedah digunakan :

1) Kaedah Tinjauan
2) Pemerhatian
3) Soal Selidik
4) Temubual.

Objektif :

1) Mengetahui keadaan ekonomi bandar selepas berlaku banjir.
2) Kesan banjir terhadap ekonomi bandar dalam jangka masa pendek dan panjang.
3) Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir.
4) Harapan untuk masa depan.

Pengenalan

Menurut Ahmad Idris Md Noor (1989) dalam perbentangan kertas kerja seminarnya ”Kesan dan masalah ekonomi bandar berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru(DEB)”, ekonomi bandar merupakan ekonomi negara yang besar dimana peratus pembangunan adalah lebih besar dari ekonomi luar bandar. Ekonomi bandar dan luar bandar mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Menurut beliau, struktur bandar merupakan pertalian antara bandar-bandar yang terbentuk dalam satu hierarki. Sama seperti negara di dunia, dimana tidak semua bandar mempunyai fungsi yang sama.

Terdapat tiga jenis bandar yang dikelaskan iaitu bandar utama, bandar pertengahan atau sederhana dan bandar kecil. Bandar utama mengendalikan fungsi secara komprehensif seperti menjadi pusat kewangan, perniagaan, pengedaran, pembuatan, pelajaran tinggi serta pentadbiran. Juga membekalkan barang dan perkhidmatan yang bermutu serta kepakaran yang tinggi seperti ikhtisas dan teknologi tinggi untuk mengeluarkan barangan tersebut. Bandar kecil pula memainkan fungsi yang terhad. Fungsi ini boleh dikatakan sebagai pusat perniagaan yang kecil kepada kawasan kampung, bandar dan luar bandar. Juga membekalkan perkhidmatan serta barangan yang bermutu rendah iaitu memerlukan input kepakaran yang rendah sahaja. Manakala bagi bandar pertengahan atau sederhana pula mengendalikan pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi ini tidak menyeluruh dan tidak mencapai tahap yang tinggi seperti fungsi-fungsi di bandar utama.

Daripada perbincangan kertas kerja seminar didapati sektor ekonomi bandar tidak diberi tempat yang sewajarnya di dalam mana-mana perancangan negara, ini menyukarkan untuk melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti dengan lebih terperinci.

No comments: