Thursday, August 30, 2007

perolehan data

-Hasil daripada perbincangan, data yang akan digunakan oleh saya dan ahli kumpulan adalah merupakan data dalam bentuk primer dan sekunder.
-Data primer adalah data yang akan diperoleh secara langsung daripada responden melalui kaedah temubual dan penyediaan borang soal selidik. Selain itu, tambahan maklumat juga dapat dikutip melalui kaedah tinjauan dan pemerhatian yang akan kami lakukan di kawasan kajian nanti.
-Melalui data sekunder pula, kami bercadang untuk mendapatkan maklumat secara lebih terperinci dan tepat daripada majlis daerah, majlis perbandaran, MARA, persatuan perniaga dan agensi yang berkaitan.

No comments: