Thursday, August 30, 2007

tambahan.....
Pada 26/08/2007 yang lalu, setelah mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan yang lain, kami telah membuat sedikit pengubahsuaian dalam kaedah kaijian yang akan kami lakukan iaitu menambah kaedah soal selidik. Tujuan kami menambah kaedah soal selidik ini adalah untuk memudahkan kumpulan kami menganalisis serta mencatat data daripada pihak responden.

Pengumpulan data melalui kaedah soal selidik ini memudahkan kami untuk memperoleh rangka jawapan yang lebih tepat dan berkesan. Namun demikian, kaedah kajian dalam bentuk temuramah turut serta dijalankan bagi memperoleh maklumat tambahan.

No comments: