Thursday, August 30, 2007

perbincangan

· Pada 27ogos lalu, dalam kuliah urbanisasi bersama dengan Prof Hamzah,kami telah berbincang mengenai persediaan terakhir untuk menjalankan kajian lapangan di Kota Tinggi.
· Kami telah dimaklumkan mengenai tempat penginapan serta perubahan jadual perjalanan yang telah di tunda pada 1 september 2007. Semua pelajar dimaklumkan untuk berkumpul di Foyer FSSK pada jam 8 pagi.
· Selain itu, setiap pelajar juga dikehendaki untuk membuat pembayaran sebanyak RM 30 untuk kos penginapan.
· Selepas itu, setiap kumpulan yang belum membentangkan kertas kerja diminta berbuat demikian.
· Secara keseluruhannya, dr Hamzah berpuas hati dengan kertas kerja kumpulan kami dan hanya perlu membuat sedikit penambahbaikan dalam boring soal selidik.
· Menurut dr Hamzah lagi, minimum sebanyak 30 orang responden diperlukan bagi kaedah soal selidik iaitu mengikut standart pusat pengajian. Oleh itu, kumpulan kami bercadang untuk melakukan 40 soal selidik terhadap responden.

No comments: