Sunday, September 23, 2007

apa itu banjir

Apa itu banjir…

Banjir ialah kejadian penutupan permukaan tanah oleh air yang semakin naik. Banjir biasanya berlaku di kawasan lembah atau tanah semakin selepas hujan lebat, apabila sungai atau terusan tidak berupaya menampung jumlah air yang mengalir di dalamnya. Hujan lebat di kawasan pergunungan boleh mengakibatkan banjir di kawasan tanah pamah kerana semua air akan mengalir ke bawah sepanjang cerun-cerunnya. Sungai yang mengalir dengan perlahan-lahan dan berliku biasanya tidak berupaya menampung jumlah air yang bertambah dengan tiba-tiba. Banjir yang kecil adalah berguna kepada kawasan penanaman padi kerana ia membekalkan air untuk sawah-sawah dan membawa tanah lanar aluvium yang sangat subur, namun jika banjir yang melanda dalam skala yang besar akan menyebabkan kerosakan yang meluas kepada harta benda, tanaman, binatang dan meninggalkan kesan trauma kepada mangsa.

Berdasarkan penyataan di atas, banjir yang melanda Kota Tinggi yang lepas dapat diklasifikasikan sebagai banjir berskala besar berdasarkan kesannya. Daripada pemerhatian serta maklumat yang diperolehi, saya dapati terdapat 2 punca utama yang menyumbang kepada berlakunya banjir besar di Kota Tinggi. Keadaan Sungai Johor yang cetek adalah punca berlakunya fenomena ini. Hal ini kerana, apabila kuantiti air hujan yang banyak, Sungai Johor tidak dapat menampung jumlah air yang naik secara mandadak. Oleh itu, kerja melebar dan mendalamkan Sungai Johor sedang giat dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, sistem perparitan dan saliran juga turut memyumbang peratusan berlakunya kejadian ini. Daripada pemerhatian, saya dapati keadaan parit di sini yang cetek, kecil, tidak lurus serta tersumbat. Keadaan ini menyebabkan aliran air tidak dapat bergerak dengan sempurna. Keadaan dapat di atasi dengan membaiki kembali sistem perparitan serta di selenggara dengan baik secara berkala. Namun jika minda penduduk serta pengunjung Kota Tinggi masih lagi di tahap ketiga iaitu masih lagi mangamalkan budaya membuang sampah serata tempat, masalah ini tidak dapat di atasi secara keseluruhannya.

No comments: