Sunday, September 23, 2007

Untuk memulihkan kembali imej Bandar Kota Tinggi yang sedikit tercalar akibat kejadian banjir besar yang berlaku, kerajaan negeri telah mencadangkan beberapa projek pembangunan. Pembangunan semula Kota Tinggi adalah bertujuan untuk menarik kembali minat para pelancong untuk berkunjung ke Bandar ini. Selain untuk menaikkan kembali sektor pelancongan, pembangunan yang dilakukan juga untuk menarik minat pelabur dan peniaga untuk terus melabur dan menjalankan aktiviti perniagaan di Kota Tinggi.

Selain dari projek untuk mendalamkan Sungai Johor, terdapat juga cadangan pembangunan ‘ Riverfront’ sungai johor, Kota Tinggi. Pembinaan Medan Selera yang menggunakan struktur tensile di mana akan mengamalkan konsep ruang makan yang terbuka. Selain itu, bagi membolehkan ibu bapa dapat makan dengan lebih selesa, taman permainan kanak-kanak di bina berhampiran dengan medan selera.

Terdapat juga tempat untuk melakukan aktiviti riadah, seperti laluan sepanjang sungai di bina tempat untuk beristirehat dan bersantai. Untuk kemudahan pengunjung juga, pembinaan laluan untuk aktiviti berbasikal di sepanjang persisiran riverfront untuk aktiviti riadah pengunjung pada waktu petang. Pihak berwajib juga tidak lupa meletakkan golongan muda sebagai sasaran pengunjung. Pembinaan Extreme Park bersesuaian bagi kemudahan remaja berkumpul dan bersukan serta melakukan aktiviti yang berfaedah.

Selain itu, menurut En Md Khisban Abu Yamin ( Bhgn Pembangunan & Penyelenggaraan) rancangan pembangunan yang telah disusun kepada 2 fasa. Fasa pertama melibatkan 22 projek iaitu meliputi projek pembangunan infrasruktur manakala fasa kedua melibatkan 59 projek. Antara projek seperti membaiki jalan, sistem perparitan, pencahayaan serta baik pulih harta majlis daerah seperti hentian bas, gerai majlis serta lanskap. Anggaran jumlah untuk keseluruhan projek sekitar RM 10 juta dari Kementerian Perumahan, Kerajaan Pusat dan pihak Majlis derah. Projek pembangunan ini bermula pada Februari 2007 dan telah siap secara keseluruhannya.

(sumber: Majlis Daerah Kota Tinggi)

No comments: