Sunday, September 23, 2007

harapan mangsa..


Maklum balas pihak responden yang ditemuramah, mereka menyatakan harapan kepada pihak terbabit bagi meningkatkan sistem perparitan di kawasan mereka. Hal ini kerana sistem perparitan yang terdapat di bandar tersebut kurang memuaskan. Dimana keadaan sistem perparitan yang cetek dan selalu tersumbat apabila hujan turun. Harapan dari pihak responden supaya sistem perparitan di selenggara dengan mengikut jadual supaya masalah akibat banjir ini dapat di atasi.

Selain itu, keadaan sungai Johor yang cetek mengundang masalah banjir yang berlaku setiap tahun di negeri ini. Sungai Johor tidak dapat menampung jumlah air yang banyak apabila tiba musim tengkujuh iaitu pada bulan Disember hingga Januari. Harapan daripada pihak responden ini telah di ambil perhatian oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Semasa kajian penyelidikan dijalankan pihak JPS telah menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai Johor. Melalui tindakan yang diambil ini bertujuan bagi menampung kapasiti air apabila tiba musim tengkujuh.

Di samping itu harapan yang diberikan oleh pihak responden adalah supaya mereka dapat menerima bantuan yang sewajarnya dengan telus tanpa memilih kasih. Dimana sewaktu pembahagian bantuan dilakukan perlu lebih efisien dan sistematik. Selain itu, pihak yang mengagihkan bantuan harus memberi maklumat yang lebih jelas tentang cara atau pihak-pihak mana yang sepatutnya mendapat bantuan yang di berikan. Ini bertujuan mengelakkan sebarang pergaduhan dan salah faham. Penambahan kakitangan pihak yang mengagihkan bantuan juga perlu dilakukan. bagi mengelakkan kelewatan bantuan yang sepatutnya diterima oleh mangsa banjir.

Secara kesimpulannya, kajian penyelidikan yang saya dan ahli kumpulan jalankan telah mencapai objektif yang disasarkan iaitu harapan untuk masa hadapan Objektif-objektif yang lain ialah ingin kami kupaskan iaitu yang pertama mengetahui keadaan ekonomi bandar selepas berlaku banjir, kedua kesan banjir terhadap ekonomi bandar dalam jangka masa pendek dan panjang, ketiga langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir.




No comments: